Tarian Zapin
~~ Tarian Zapin Johor~~
Pada setiap kali kita
menyebut tentang kebudayaan tarian negeri Johor, ingatan tidak akan
pernah terlepas untuk membayangkan Zapin Johor sebagai suatu warisan
budaya paling terkenal di negeri ini. Zapin yang semakin dimartabatkan
dan diperkembangkan kini terus dikenali di seluruh tanahair, bahkan
hingga ke peringkat antarabangsa.
Negeri Johor adalah negeri
yang masih mempertahankan genre zapin tradisional yang dinamik dan
anggun. Zapin dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin
Arab. Namun kedua-duanya adalah berasal daripada kesenian Arab yang
datangnya dari Hadramaut.
Tarian
Zapin kini menjadi mekanisme yang memeriahkan suasana pelancongan,
temasya, pertandingan dan majlis-majlis rasmi di sekitar negeri Johor.
Tarian Zapin disertai oleh setiap golongan termasuk generasi muda dan
kanak-kanak sebagai generasi pewaris budaya. Ini menjadikan Zapin lebih
terserlah sebagai identiti kebudayaan terkenal di Johor.
Apa
yang menarik adalah, Zapin Johor terbukti berupaya mewujudkan rasa
keharmonian di antara penari, pemuzik dan penonton. Kebudayaan ini
adalah simbolik dengan dasar pembangunan menyeluruh negeri Johor yang
menitik beratkan pelbagai aspek pembangunan fizikal dan mental.
No comments:
Post a Comment