TARIAN INDIA
|
||||
Negara Malaysia turut menawarkan seni
tari India yang tidak kurang hebatnya dengan tarian India yang terdapat
di negara asalnya.Seni tari India turut memaparkan gaya persembahan yang
tersendiri yang menggabungkan elemen-elemen klasik, kemanusian dan
kepercayaan mereka.
TARIAN BHARATA NATYAM.
Tarian ini adalah berasal daripada wilayah Tamil
Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di
persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan
yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali
sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana.
Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen
dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
Nritta merangkumi tiga elemen, posisi berdiri yang
asas,pergerakan tangan dan kaki dan juga seni pergerakan tangan.
Tempoh masa adalah berdasarkan rentak yang mempunyai kadar yang sama di kenali sebagai Jatis.Muzik bagi tarian ini adalah berdasarkan kepada nada yang penting ataupun ragas seperti Bhairavi, Kalyani dan Kambodhi. Vokalis akan mengarahkan pergerakan tarian dengan menyuarakan Shollukatus atau sillibus ritma.
TARIAN BHANGRA.
Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang
mana ianya untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang
baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India.Tarian ini lebih
memaparkan komuniti Sikh di Malaysia.
Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud
yang tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang
artistik.Penari bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada kalangan
lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna
cerah.
Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta ketahanan seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di antara ciri-ciri stunt melangkaui daripada keupayaan artistik dan keupayaan fizikal.Lagu yang di gunakan untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan di iringi instumen tradisional seperti tholl ( drum ), harmonika, tamborin dan klapper muzik. Kepopularitian Bhangra di Malaysia adalah berdasarkan ianya seringkali di persembahkan pada majlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan yang lain. |
Tarian Tradisional Malaysia
Monday, 4 June 2012
Tarian India
Tarian Naga
TARIAN NAGA
Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang cina,naga adalah
sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada
bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.
Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun
Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan
ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Tarian Singa
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa
dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua
penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan
kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang
kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan
singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi
oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam.
Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.
Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana
dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa
yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian
Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan
tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna
merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian
Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini
selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat
dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai
warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa
Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
Tarian Ngajat
......Tarian Ngajat.....
Tarian Ngajat - Sarawak
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.
Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
1. Ngajat Induk
2. Ngajat Bebunoh
3. Ngajat Lesong
4. Ngajat Semain
5. Ngajat Berayah
6. Ngajat "Ngemai antu pala"
Tarian Ngajat
sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi
orang-orang Iban adalah tarian yang di tarikan ketika menyambut
Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai.
Pada zaman dulu ia ditarikan selepas mereka kembali dari
berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisional seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini. Terdapat banyak jenis tarian Ngajat orang ulu, antaranya adalah tarian Ngajat solo, berpasangan dan Ngajat secara berama-ramai.
Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.
Penari akan memakai pakaian tradisional seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini. Terdapat banyak jenis tarian Ngajat orang ulu, antaranya adalah tarian Ngajat solo, berpasangan dan Ngajat secara berama-ramai.
Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.
Kini persembahan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan dikomersialan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan budaya.
Tarian Inang
...TaRian Inang...
Tarian ini dicipta atas perintah Tuanku Sultan Mahmud Shah yang gemarkan kesenian. Ketua Inang yg bertindak sebagai ketua dayang telah mengajar dayang2 laen utk tujuan dipersembahkan di majlis keramaian. Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana.
Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.
Tarian Zapin
~~ Tarian Zapin Johor~~
Pada setiap kali kita menyebut tentang kebudayaan tarian negeri Johor, ingatan tidak akan pernah terlepas untuk membayangkan Zapin Johor sebagai suatu warisan budaya paling terkenal di negeri ini. Zapin yang semakin dimartabatkan dan diperkembangkan kini terus dikenali di seluruh tanahair, bahkan hingga ke peringkat antarabangsa.
Negeri Johor adalah negeri yang masih mempertahankan genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun. Zapin dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Namun kedua-duanya adalah berasal daripada kesenian Arab yang datangnya dari Hadramaut.
Tarian Zapin kini menjadi mekanisme yang memeriahkan suasana pelancongan, temasya, pertandingan dan majlis-majlis rasmi di sekitar negeri Johor. Tarian Zapin disertai oleh setiap golongan termasuk generasi muda dan kanak-kanak sebagai generasi pewaris budaya. Ini menjadikan Zapin lebih terserlah sebagai identiti kebudayaan terkenal di Johor.
Apa yang menarik adalah, Zapin Johor terbukti berupaya mewujudkan rasa keharmonian di antara penari, pemuzik dan penonton. Kebudayaan ini adalah simbolik dengan dasar pembangunan menyeluruh negeri Johor yang menitik beratkan pelbagai aspek pembangunan fizikal dan mental.
Tarian Kipas Cina
~~TaRiaN KiPaS CiNa~~
Tarian Kipas Cina
Jenis
tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati
dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa
menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan
satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung
Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu
pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat
mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh
membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota
masyarakat.
ASAL-USUL
Tarian kipas tarian berasal dari Korea, pada mula-mulanya merupakan tradisi Korea Shamanisme dan kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk tarian, telah mempunyai 3000 tahun sejarah. Hari ini, tarian kipas telah menjadi satu latihan yang disayangi oleh masyarakat pertengahan umur. Di Chengdu, setiap taman dan plaza komuniti, walaupun musim panas atau musim sejuk, setiap hari banyak orang tua yang memegang kipas dan menari bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)