Monday 4 June 2012

Tarian India

TARIAN INDIA



Negara Malaysia turut menawarkan seni tari India yang tidak kurang hebatnya dengan tarian India yang terdapat di negara asalnya.Seni tari India turut memaparkan gaya persembahan yang tersendiri yang menggabungkan elemen-elemen klasik, kemanusian dan kepercayaan mereka. 

TARIAN BHARATA NATYAM.
Tarian ini adalah berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
Nritta merangkumi tiga elemen, posisi berdiri yang asas,pergerakan tangan dan kaki dan juga seni pergerakan tangan.


Tempoh masa adalah berdasarkan rentak yang mempunyai kadar yang sama di kenali sebagai Jatis.Muzik bagi tarian ini adalah berdasarkan kepada nada yang penting ataupun ragas seperti Bhairavi, Kalyani dan Kambodhi.


Vokalis akan mengarahkan pergerakan tarian dengan menyuarakan Shollukatus atau sillibus ritma.


TARIAN BHANGRA.
Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di Malaysia.
Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud yang tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik.Penari bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna cerah.          


Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta ketahanan seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di antara ciri-ciri stunt melangkaui daripada keupayaan artistik dan keupayaan fizikal.Lagu yang di gunakan untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan di iringi instumen tradisional seperti tholl ( drum ), harmonika, tamborin dan klapper muzik.


Kepopularitian Bhangra di Malaysia adalah berdasarkan ianya seringkali di persembahkan pada majlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan yang lain.

No comments:

Post a Comment